Arkib Bulanan: April 2008

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap  Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai


Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:

"Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" (Surah
an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air
mata. Lalu Baginda menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,
bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12
barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."  Maka
dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

 

BARISAN PERTAMA

 

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini
dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati
jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."

 

BARISAN KEDUA

 

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah
Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

 

BARISAN KETIGA

 

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala
jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

 

BARISAN KEEMPAT

 

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari
mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah
balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

 

BARISAN KELIMA

 

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT
menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang
Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut
diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

 

BARISAN KEENAM

 

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH

 

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir
keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN

 

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki
ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

 

BARISAN KESEMBILAN

 

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara
dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang
tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka..."

 

BARISAN KESEPULUH

 

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit
sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

 

BARISAN KESEBELAS

 

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka
memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada
dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar
beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

 

BARISAN KEDUA BELAS


Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan
purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara
dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka
menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika
meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan
keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu
sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah
engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....

Wallahua'alam.

WASSALAM.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Daripada Zaid bin Thabit ra, Baginda Rasulullah SAW telah bersabda: Allah akan memberi rahmat kepada sesiapa yang mendengar perkataanku hinggalah ia menyampaikannya kepada orang lain. Ada tiga perkara yang tidak akan mengkhianati hati seorang muslim: beramal dengan ikhlas kerana Allah, nasihat kepada imam dan ketua-ketua orang Islam, dan melazimi jemaah mereka itu; sesungguhnya doa mereka itu luas dan meliputi.Sesiapa yang menjadikan dunia itu niatnya, maka Allah jadikan fakir dihadapannya, dan ditabur-taburkan hajatnya dan hartanya; ia tidak akan mendapatinya kecuali apa yang telah dituliskan. Dan sesiapa yang menjadikan akhirat itu niatnya, maka Allah jadikan kaya di dalam hatinya, dan mencukupkan hajatnya, dan dunia datang tunduk kepadanya – Riwayat Ibnu Majah
Huraian Hadis

Allah akan memberi rahmatNya kepada sesiapa yang mendengar dan menyampaikan sabda Rasulullah SAW; dan jika ia mengamalkannya dan menjadi seorang muslim yang baik, maka hatinya akan bersih dan tidak dikotori oleh penyakit-penyakit hati yang merosakkan.

‘Ikhlas beramal kerana Allah’, bererti segala amalan yang diamalkan hendaklah bertujuan untuk beribadah kerana Allah semata-mata, dan menuntut keredaanNya; bukannya hendak menunjuk-nunjuk dan riak, kerana semuanya itu akan menjadi sia-sia.

‘Nasihat kepada imam orang Islam’, bererti memberi nasihat dan pandangan kepada ketua atau pemerintah yang memikul tugas menjaga kepentingan maslahat masyarakat Islam; disedarkan mereka tatkala terlalai ketika menjalankan tugas, dan sama-sama berusaha dan berkerjasama menimbulkan kemesraan di antara ahli masyarakat.

‘Melazimi jemaah orang-orang Islam’, iaitu tidak mengasingkan diri dengan ahli masyarakat; dan jemaah Islam yang dikehendaki itu adalah jemaah kumpulan orang-orang Islam yang baik, dan bukannya jemaah kumpulan untuk melakukan perkara-perkara mungkar, maksiat, dan kejahatan, yang seharusnya dijauhi.

Kumpulan baik-baik yang dimaksudkan adalah kumpulan yang sentiasa berkerjasama dan tolong-menolong menjaga kebajikan dan kepentingan maslahat masyarakat Islam setempat, di samping jemaah untuk melakukan amal ibadah, seperti solat tarawih berjemaah, majlis tahlil kerana pelajaran, dan sebagainya.

‘Sesiapa yang menjadikan dunia ini niatnya’ bermaksud tujuan hidupnya adalah semata-mata mencari dunia, sehingga terlupa akan kewajipan akhiratnya. Jika seseorang itu sibuk dengan mencari kesenangan dunia semata-mata, Allah akan menjadikan perasaan hatinya sentiasa keluh-kesah; takut seolah-olah fakir mengancamnya pada bila-bila masa sahaja.

Allah akan jadikan segala hajat dan kehendaknya bertaburan; tidak dapat dikumpulkan, sehingga berkeadaan seperti terkejar ke sana ke mari dalam suasana yang tidak menentu; seolah-olah tidak cukup masa dan tenaga. Namun demikin, ia tetap tidak akan dapat mengisi segala hajatnya itu, selain dari apa yang telah ditetapkan Allah SWT.

‘Sesiapa yang menjadikan akhirat ini niatnya’, iaitu menjadikan ahirat itu tujuan bagi kehidupannya, maka Allah akan jadikan perasaan hatinya kaya, tenang, bahagia, dan tiada keluh-kesah. Ia sentiasa merasa cukup, dan tidak pernah terasa bertaburan hajat-hajatnya; dunia yang tidak dikejar-kejar itu akan datang, tunduk menurut apa yang telah diusahakan tanpa dipengaruhi sifat tamak dan tidak pernah puas.

Keadaannya tidak dikuasai oleh harta dan kemegahan, sehingga menyebabkannya lalai dan lupa untuk kehidupan akhiratnya; bahkan dunia dijadikan sebagai alat untuk melaksanakan tujuan-tujuan akhirat, dan bukannya menyekat dan menyusahkan. Dengan yang demikian, kehidupannya pasti berada di dalam kebahagiaan, tenang, tenteram, dan tiada keluh-kesah.

Wallahu’alam

 

 

 

 

 

Journalist is someone whose main occupation is conducting or cooperating to draft and compose the editorial content of a newspaper, magazine, or radio or television programs.

 

Journalist describes society to itself. They seek truth. They convey information, ideas and opinion, a privileged role. They search, disclose, record, question, entertain, suggest and remember. They inform citizens and animate democracy. They give a practical form to freedom of expression. Many journalists work for private enterprise, but all these have public responsibilities.

 

Journalists gather their information in a variety of ways, including tips, press releases, and witnessing events. They perform research through interviews, public records, and other sources. The information-gathering part of the job is sometimes called “reporting” as distinct from the production part of the job, such as writing articles. Journalists generally split their time between working in a newsroom and going out to witness events or interview people.

 

Most journalists working for major news media outlets are assigned an area to focus on, called a beat or patch. They are encouraged to cultivate sources to improve their information gathering.

 

Friend and I followed the journalist names Shah Nizam Omar from kosmo at Saturday, 9 of February 2008. He is graduated from UUM University, Faculty of Communication, and Major of Public Relation Programme. He started as a journalist after one year graduated at September 2006. He from Muar Johor. First children from four siblings.

 

 

We followed he to make sure we can get and know with directly how the process to get news and after that published. The assignment which he got is about illegal parking at National Zoo.

 

During I followed his to cover the news at the location, he do the exploration and taked a picture with photographer and interview the sources. After finished cover it, we go back to the office and he discussed with their boss editor about what the suitable anger, means that to write at the first paragraph for introduction. After that, write the story about half and hours. After finished it, wait for the checking from boss, if not completely, he will called to complete it. And then, the news passed to the assistant editor for the checking after correction. After that, the news passed to the graphic designer to put in the page, pictures usually will save at the TERA system in computer. After the correction is confirmed, the news sent for print at Bangi, Johor, Penang, and Terengganu.

 

According to him, he usually knows about his assignment to cover it one day before the function held. Usually, he works at 10.00 a.m until 6.00p.m. For example, if he works at 7.00 a.m or 8.00a.m, he will get overtime claim.

 

At the office, kosmo have a part of desks such as, news desk, metro desk, crime desk, feature desk, abroad desk, sport desk, entertainment desk, kosmo ahad desk, special desk  which cover the front page news) but the kosmo does not have economy desk.

 

At the first time he worked as a journalist, he sat at the news desk, after the month, he sat at metro desk which called as a cadet journalist after one year worked. Usually metro desk cover the news about society problem. For example the road not well. After have a solution for this problem he must to follow up and write the news to give information for readers about this solution.

 

For him, it is not easy and hard to cover the news because he must get information and cooperation with society as a sources or informer. To deal or get information, he must have a good face to face communication to easier get information.

 

At the first time as a journalist, many challenges and a lot of thing he must learned to be a good journalist. It is because, he does not know about journalism before this. But, he successful doing this job after that because he learnt and get teaching from the boss editor and his senior.

 

According his experience, the journalist must have a good public relation, discipline, responsibility, punctual, patient, good communication with society, don’t be shy and must have contact book.

 

He has a links with PBT ( Penguat Berkuasa Tempatan ), Majlis Perbandaran Subang Jaya rush, and confiscate a dirty shops, gay massage house and many more.

 

For him, journalism field is a great because we can see and meet a lot of people in different stage. But does not have the real of situation of life, just have only two days left out, don’t know when the day.

Nilai –Majlis Perbandaran Nilai dengan kerjasama Majlis Kecergasan Kebangsaan NIC, KESUMAS, AADK, dan PENGASIH telah mengadakan karnival “ Keluarga Bahagia Tanpa Dadah” pada 15  hingga 17 Februari 2008 di Pentas Awam Nilai 3.

 

Menurut Darmis, 45, urusetia program, antara program yang diadakan ialah Forum Perdana Ehwal Islam bersama kumpulan nasyid UNIC, senamrobik bersama artis, pertandingan karaoke, pertandingan mewarna, dan konsert Belia Benci Dadah untuk menyampaikan maklumat mengenai belia benci dadah kepada masyarakat setempat

 

Menurutnya  lagi, syarikat-syarikat swasta juga  terlibat untuk menjayakan program ini  seperti Naza, Proton, Akma Dan Bio Sinar.

 

 ”Sebagai masyarakat, kita seharusnya berbangga kerana masih terdapat pihak yang mengambil berat terhadap kemajuan golongan belia seperti syarikat-syarikat penaja ini,”tambahnya lagi.

 

Abdul Karim, 51, selaku pengurus Akma berkata, program seperti ini amat bermakna kerana belia adalah generasi yang disandarkan harapan untuk memimpin masyarakat dan membawa kejayaan pada masa hadapan.

 

”Kami telah membelanjakan sejumlah kos yang besar untuk iklan dan promosi, oleh itu kami menyarankan agar masyarakat sekeliling bersikap ambil tahu dan melibatkan diri dengan program yang dianjurkan,” kata beliau.

 

Menurut Adam AF, program ini bertujuan menyedarkan belia mengenai bahaya dadah perlu diadakan terus kepada kumpulan sasaran yang terlibat dalam kancah ini.

 

A.Rahman Onn, artis veteran berpendapat, sifat ingin mencuba di kalangan belia menjadi punca kepada masalah ini.

 

Beliau menambah, artis bukan sekadar penghibur, tetapi juga memainkan peranan penting untuk dijadikan ikon kepada mereka supaya tidak terlibat dengan pengambilan dadah.

 

Karnival tersebut diakhiri dengan konsert bertemakan Belia Benci Dadah oleh artis-artis seperti Nas Adila, Anis Anisa, A.Rahman Onn, Salwa, Ejarn dan Adam AF.

 

 

Lack of a reading culture among students has been a persistent sore in the eyes of many organizations. Concerted efforts being made by these in ensuring that the seeds of this culture are sown are a manifestation of their recognition that it is only a literate and knowledgeable society that can fully participate in and positively contribute to National development.

The role of a library as a source of information to students in improving education standards and promoting functional literacy programmes in the rural areas with a view of improving the livelihoods of adults/parents who never had a chance of attaining formal education or dropped out of school. It further outlines the role of ICT in promoting access to latest and relevant information with the view of improving educational standards and the livelihoods of the rural communities.

The reading culture is the base to greater passion of every individual’s inner self.

Students  particularly in the impact areas will be sensitized that reading books with attention would exercise their faculties of reason to enable the individual have self control to his baser passion. The literacy promotion will arouse keenness in the people to read more of the printed information, which should open the mind of many to better understanding of issues affecting them. This is more or so important with the realization that the future of all citizens require self-education and self-culture because academic excellence is not enough without the culture to keep on reading for continuous self-improvement.

According to Dr. Zainal Abidin Hajib, Lecturer’s Faculty of Languages Studies says, the process of developing a reading culture as earlier stated should start at an early stage of childhood and nurtured into adulthood. This model is therefore expected to play a multi-dimensional function.

“Firstly, it is hoped to improve the standards of education and gradually reduce illiteracy. Secondly, it will enable many rural masses own rural libraries from which they can access information and other reading materials. Thirdly, it hopes to enable the communities source, preserve and access a wide range of literature. And lastly, it hopes to enable the communities maximize the use of ICTs to improve their livelihoods. This is the importance of establishing rural conventional libraries, implementation of functional literacy programmes and

Provision  of low-cost ICTs as way of developing and promoting a reading culture among the rural masses”.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

He also said, embracing a reading culture should go beyond mere pep talk. Affirmative action must be taken where establishment of rural conventional libraries, implementation of functional literacy programmes and above all, provision of low-cost ICTs should be encouraged with an aim of contributing to high quality of education, empowering rural men and women in the four broad areas namely; provision of basic services; improved local and international governance, support for entrepreneurship and access to financial services.

“I am occasionally disappointed by students’ lack of reading culture. It would seem that most students in Malaysia do not like reading, I mean interesting reading (not the reading of sensational news about celebrities or crimes)”.

“I recently reminded a class of University students about a book I had cited very often to know if any had felt the need to purchase it (not an expensive buy: only Rm 20). Noone had of course. Worse, one student even asked whether it would be used for other modules, presumably to know if the purchase of the ‘commodity’ would be worth it!”, he said.

“Of course, one cannot blame them entirely. The system we operate in has never really allowed people (young and old) to discover the beauty of reading quality books and magazines. When they reach uni, it’s even more difficult to inculcate that culture”.

“Yet, sometimes it makes me feel like saying that we should not allow students in University if they do not like/love reading. I suspect that if that criterion were to be, we would have only a handful of students, if any!”.

“Student who doesn’t like to read should never ever be allowed to follow a course at university level. What if a student decides to read about things from the internet? We are still learning although not by reading a book” Muhammad Luqman Hakim bin Mohd Sa’ad, 22,  said.

“Perhaps if I could get myself books of actual movies that would really have enticed me into reading more and more since now I haven’t seen many such books at the market or the USIM library as another said the casual stuffs are indeed boring and these are what we actually have stocked in our library”.

“In my opinion, the thing is that students are not so keen to buy a book (ok let’s mention it..an expensive book) for just one semester and then afterwards leave it aside. But there are other ways of reading as mentioned. Subscriptions at the libraries. As i mention it now, it’s been what since one month i have not been reading books apart newspapers. Ok Ive grapped the Harry potter book (goblet of fire) and that’s it. I think that’s the last i saw”.   

“Perhaps if there is some kind of deadline on our, an assignment, for example, we will be somewhat “forced” to do research work. But it’s a pity that some students at USIM still rely on spoon feeding”.

 “In fact, I suspect that most students just toss away the knowledge acquired at University cos what interests them is the piece of paper at the end of the day that allows our to secure a job, get a promotion or a salary increment”.

 I’d rather see a real personal desire to learn and read an eagerness to acquire knowledge, to grow intellectually” he said.

 “I agree about the lack of reading culture among students. I would go even further by stating that there’s a lack of interest in general knowledge among students. I just wonder how many people watch the intesting programmes like Doha Debates, Hard talk, Have Your Say on BBC. Speaking of which, here I’ll go outside the current subject of the post, the MBC in its wisdom to promote general knowledge and English systematically replaces BBC programmes with football” Mohd Aizat bin Zulkifli, 21, says.

 “I reckon an in-depth reform of our educational system can prove to be a good way of starting to turn things around. Is it going to happen, ok lets not get into politics.

“Lets develop the reading habit at the early stage of our educational system and surely we don’t need any political help on this one. That’s only a couple of things where we can get started”.

 “What I would advise to people, especially students, we need to cultivate the habit of reading, it really helps”.

Reading “things” on the internet is not the same as reading books. Do we really believe that someone can curl with our desktop computer and read Hamlet?”

 Another point, the Internet makes it easy to find information we are looking for. It’s not always easy to find the information in one place though. We may have to browse a dozen sites to find one that satisfy our needs.

“My conclusion is that it depends very much of our self and of the family we grew up in. If the parents are the type of “thirsty” ones of culture, information, knowledge from all domains, are very close and open to their children and are engaging we in their conversations about different important topics in developing a strong general culture, the children will be more avid for information, to develop ourselves, to know more and more about anything (geography, medicine, literature, history) and the only way to do that is to read”.      

According to Mohd Nur Aqmal Mohd Sairi, 23, says, a book contains related information in one place, is easy on the eyes, portable, cheap. We can borrow, lend, trade, write in and do may things we can’t do on a desktop, laptop, tablet or mobile computer.

                                                                                                                                                                                                    

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                                                                        

 

 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

Image Hosting by PictureTrail.com

NILAI- Naib Canselor menegaskan sambutan Maulidur Rasul peringkat USIM bertujuan mengingatkan warga USIM terhadap tanggung jawab sosial kepada masyarakat sekeliling. 

Sambutan yang disertai lebih kurang 500 warga USIM bermula dengan perarakan sambil berselawat keatas junjungan Nabi s.a.w. dari perkarangan Canselori sehingga ke Stadium Tertutup Nilai. 

Dalam ucapan perasmian, Naib Canselor menyatakan sambutan ini dilihat satu langkah bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kakitangan pentadbiran dan pembelajaran mahasiswa dalam memartabatkan nama USIM. 

 “Usaha ini dilihat sebagai satu langkah menghayati strategi perjuangan Rasulullah s.a.w.,” ujarnya semasa berucap merasmikan majlis sambutan itu di sini kelmarin. 

Menurut Nor Hamizah Rosdan, 23, antara peserta perarakan tersebut, tema ‘Menjana Ummah Gemilang’ pada tahun ini bertepatan dengan suasana umat Islam kini yang berusaha menambah ilmu pengetahuan yang merangkumi ilmu dunia dan akhirat.  

Manakala menurut Abdullah Firdaus Abd Jalil, 21,  perarakan tersebut bukan sekadar berpenat kosong sahaja, tetapi ia bertujuan untuk menyingkap dan mengetengahkan ajaran Rasulullah sebagai sumber dan jalan penyelesaian dalam cabaran kehidupan moden semasa khasnya di era globalisasi.  

 “Bagi saya program seperti ini sebenarnya dapat meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap warisan nabawi,” tambah rakan beliau, Muhammad Ridhuan Jaafar, 21.

Majlis tersebut disertakan ceramah berkaitan Maulidur Rasul dan dihiburkan dengan selawat Nabi s.a.w. oleh kumpulan Nasyid Instinct.