1. Lihat Keyakinan Orang Lain Dan Tiru.


maksudnya Anda meniru dan ‘mengkopi’ gaya orang lain, memahirkan diri dengannya, serap lalu menjadikannya tabiat diri Anda. Untuk meningkatkan keyakinan diri, cari orang pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh kemudian kaji gaya mereka bercakap.
Lihat gaya orang-orang yang Anda rasa keyakinan dirinya tinggi, perhatikan gayanya berjalan, bercakap, stailnya, gaya badannya bila berbual dan ketika makan. Kemudian, tiru! Lama-kelamaan keyakinan diri Anda akan meningkat, langkah demi langkah.

 

2. Latih Diri Untuk Sentiasa Bercakap.


 rajin bercakap, dapat membuatkan kita mempunyai  self confidence yang sangat tinggi.Lalu,  melatih diri untuk melakukan perkara yang sama.Hendaklah berbual apa saja topik dengan sesiapa saja, adik beradik, kawan serumah, rakan sekerja . Saya berbual tentang banyak topik dari bola sepak, fitness, renang, isu semasa, hal-hal time kerja, tentang komputer, handphone, bahkan sehingga part-part yang agak personal. Rajinkan Diri Anda Bercakap
Dan Ikhlaskan Hati Bila Berbual-bual. Anda kurang yakin kerana Anda memilih untuk menjadi pasif tanpa Anda sendiri sedari. Jadi, aktifkan diri Anda ! Mulakan perbualan dengan sesiapa sahaja.Tak perlu bercakap sendiri di depan cermin. Cara latihan yang paling baik ialah rajin bercakap di depan orang lain, sesiapa saja seramai yang mungkin dalam sehari. Kesannya, Anda akan hilang rasa malu dan keyakinan diri akan mula bertambah step by step.

 

3. Ubah Mindset


Bayangkan diri Anda sebagai seorang yang segak dan anggun dengan air muka yang ‘konfiden’. Yakinkan diri untuk bercakap, berbual dan berkata-kata. Kalau masih tak yakin, beranikan diri seberani yang mungkin dan ‘konfidenkan’ diri. Cuba berlakon sebagai seorang yang nampak yakin.Sebelum itu, bayangkan yang Anda melihat diri Anda dengan muka yang yakin, bersalam dengan orang lain dengan pen

 

 

 

 

 

 

 

 

Image Hosting by PictureTrail.com

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;        

jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;       

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;    

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;     

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;    

Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;    

Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.  

 

 

 

 

NILAI 30 Januari – Datuk Dr. Mohd Tap Salleh, Presiden Institut Integriti Malaysia telah merasmikan pelancaran minggu integriti pelajar USIM yag berlangsung pada 29 Januari 2008 yang bertempat di Dewan Kuliah Pusat Tiga.  

 

Menurut Datuk Dr. Mohd Tap Salleh, program ini merupakan usaha permulaan dalam memperkasakan nilai-nilai integriti di kalangan graduan USIM agar berupaya mencerminkan tahap keperibadian selaras dengan ’niche’ USIM sebagai Institusi Pengajian Islam yang unggul. 

 

Tambah beliau lagi, objektif utama program tersebut adalah melahirkan graduan muslim yang berminda dan berpesonaliti kelas pertama, serta melatih dan mendidik mahasiswa menyesuaikan diri mereka hidup dalam komuniti ilmu. 

 

”melalui program ini saya berharap para pelajar terutamanya dapat menghayati dan menerapkan budaya integriti dalam diri masing-masing, segala usaha dan strategi yang dirangka tidak akan berkesan tanpa penghayatan dan pengalaman terutama kepada pelajar,” Dato’ Naib Canselor USIM menyatakan harapan dalam ucapannya.

 

 ” Bagi saya, minggu integriti ini sebenarnya dapat melatih pelajar membina kendiri dan sahsiah  cemerlang kerana adanya undang-undang dan peraturan yang telah di tetapkan sepanjang program,” Mohammad Abu Bakar, 29, Pelajar FSU tahun 3, memberikan pandangannya. 

 

Menurutnya lagi, program seperti ini dapat mencerminkan tahap keperibadian selaras dengan niche USIM sebagai sebuah institusi Pengajian Islam yang unggul untukmelahirkan graduan muslim yang berintelektual dan berpesonaliti kelas pertama . Selain itu juga, bagi memperkukuhkan kesedaran dan tanggungjawab bersama ahli warga USIM. 

 

Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Presiden Institut Integriti Negara dalam ucapannya, perlaksanaan program berkaitan integriti merupakan sebahagian daripada tindakan yang dinyatakan dalam Pelan Integriti Nasional (PIN). Selain itu juga, bagi memperkukuhkan kesedaran dan tanggungjawab bersama ahli warga USIM. 

 

Turut hadir, Naib Canselor USIM, Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, Dekan-dekan fakulti, dan pegawai – pegawai kanan universiti yang lain. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

NILAI 19 Januari – Melihat aksi siswa licik Fakulti Pengajian Bahasa Utama tahun satu, Mohd Syamsul Anam Qamarul Huda,20, yang hebat dalam pertandingan badminton Sukan Antara Fakulti SUFA 2008,  cukup membuatkan beliau menjadi tumpuan ramai.

 Malah kerana keistimewaan itulah membuatkan Biro Majlis Sukan Universiti USIM berminat untuk mengambil beliau sebagai ahli pasukan baru. 

Siswa yang dikenali sebagai Anam, ketika ditemui berkata, faktor utama kejayaannya adalah di atas dorongan kedua orang tuanya dan rakan-rakannya serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dan seimbang dalam kehidupan seharian. Selain itu, bakat semulajadi yang dimiliki dan minat yang mendalam terhadap sukan badminton menyebabkan beliau semakin dikenali. 

” Saya cukup lega dan berpuas hati dengan kemenangan yang dicapai dalam perlawanan menentang empat fakulti iaitu Pusat Tamhidi, FSU, FPQS, FKP dan prestasi saya juga semakin meningkat,”. 

Menurut Anam, walaupun beliau hanya tertewas ditangan FSU, diantara empat fakulti yang lain, tetapi kegagalan tersebut amat bermakna bagi membangkitkan moral dan prestasinya untuk maju kehadapan. 

Tambahnya lagi, beliau mengharapkan agar SUFA 2008 ini dapat mengekalkan rentak permainan seperti yang dipamerkan dalam pertemuan dengan pasukan empat fakulti ketika berhadapan dengan perlawanan lain selepas ini. 

” Saya juga tidak menafikan bahawa saya telah bermain dengan bersungguh-sungguh untuk memburu kemenangan pada perlawanan itu,’’ katanya. 

 ” Dia mempunyai bakat dan taktik tersendiri dalam permainan berbeza dengan pemain-pemain yang pernah saya lihat sebelum ini,” kata Mariana. 

Mariana Muhammad, 24, yang merupakan pelajar tahun 3 menambah bahawa, caranya yang beraksi bersahaja di gelanggang membuatkan orang ramai tertunggu-tunggu siapakah bakal dinobatkan sebagai juara pertandingan. 

Nurul Wahidah Shariffuddin, 24, pula percaya bahawa dia bakal bergelar ”ayam tambatan” FPBU, kerana dia mampu untuk meraih kemenangan dalam perlawanan.

 ” Dia juga mempunyai mentaliti yang bagus dan saya percaya ia akan menjadi suntikan semangat kepadanya pada masa depan,” jelasnya lagi.

Begitupun, Anam mengharapkan pemain-pemain lain akan terus bersemangat dan berkeyakinan tinggi untuk terus meraih kemenangan sekali gus mengekalkan prestasi cemerlang biarpun bermula secara perlahan.

 ”Kekalahan yang pernah dihadapi oleh setiap pemain tidak bermakna berada di tahap yang lemah selamanya kerana saya percaya semangat juang rakan-rakan tidak pernah luntur bagi memburu kemenangan pada masa akan datang,” katanya sebagai menutup tirai.   

 

 

 

 

 

 

 

 

kerinduan akan hadir bila kita berjauhan nanti

gembiranya

indahnya ciptaan Allah

kita sebagai manusia semestinya mensyukuri apa yang ada di sekeliling kita..sekurang- kurangnya kita hargai apa yang ada walaupun tak dapat merasainya….

izan ngan kengkawan

Fight against your ego with the four swords of training:
eat little,
sleep little,
speak little,
and be patient when people harm
you.
Then the ego will walk the paths of obedience,
like a fleeing horseman in the field of battle.

< Yahya ibn Mu’adh al-Razi >

 Allah guards the justice loving government,
even if it is the government of non-Muslims,
and destroys the tyrant government,
even if it is the government of Muslims.
< Ibn Taymiyyah >