Skip navigation

NILAI 19 Januari – Melihat aksi siswa licik Fakulti Pengajian Bahasa Utama tahun satu, Mohd Syamsul Anam Qamarul Huda,20, yang hebat dalam pertandingan badminton Sukan Antara Fakulti SUFA 2008,  cukup membuatkan beliau menjadi tumpuan ramai.

 Malah kerana keistimewaan itulah membuatkan Biro Majlis Sukan Universiti USIM berminat untuk mengambil beliau sebagai ahli pasukan baru. 

Siswa yang dikenali sebagai Anam, ketika ditemui berkata, faktor utama kejayaannya adalah di atas dorongan kedua orang tuanya dan rakan-rakannya serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dan seimbang dalam kehidupan seharian. Selain itu, bakat semulajadi yang dimiliki dan minat yang mendalam terhadap sukan badminton menyebabkan beliau semakin dikenali. 

” Saya cukup lega dan berpuas hati dengan kemenangan yang dicapai dalam perlawanan menentang empat fakulti iaitu Pusat Tamhidi, FSU, FPQS, FKP dan prestasi saya juga semakin meningkat,”. 

Menurut Anam, walaupun beliau hanya tertewas ditangan FSU, diantara empat fakulti yang lain, tetapi kegagalan tersebut amat bermakna bagi membangkitkan moral dan prestasinya untuk maju kehadapan. 

Tambahnya lagi, beliau mengharapkan agar SUFA 2008 ini dapat mengekalkan rentak permainan seperti yang dipamerkan dalam pertemuan dengan pasukan empat fakulti ketika berhadapan dengan perlawanan lain selepas ini. 

” Saya juga tidak menafikan bahawa saya telah bermain dengan bersungguh-sungguh untuk memburu kemenangan pada perlawanan itu,’’ katanya. 

 ” Dia mempunyai bakat dan taktik tersendiri dalam permainan berbeza dengan pemain-pemain yang pernah saya lihat sebelum ini,” kata Mariana. 

Mariana Muhammad, 24, yang merupakan pelajar tahun 3 menambah bahawa, caranya yang beraksi bersahaja di gelanggang membuatkan orang ramai tertunggu-tunggu siapakah bakal dinobatkan sebagai juara pertandingan. 

Nurul Wahidah Shariffuddin, 24, pula percaya bahawa dia bakal bergelar ”ayam tambatan” FPBU, kerana dia mampu untuk meraih kemenangan dalam perlawanan.

 ” Dia juga mempunyai mentaliti yang bagus dan saya percaya ia akan menjadi suntikan semangat kepadanya pada masa depan,” jelasnya lagi.

Begitupun, Anam mengharapkan pemain-pemain lain akan terus bersemangat dan berkeyakinan tinggi untuk terus meraih kemenangan sekali gus mengekalkan prestasi cemerlang biarpun bermula secara perlahan.

 ”Kekalahan yang pernah dihadapi oleh setiap pemain tidak bermakna berada di tahap yang lemah selamanya kerana saya percaya semangat juang rakan-rakan tidak pernah luntur bagi memburu kemenangan pada masa akan datang,” katanya sebagai menutup tirai.   

 

 

 

 

 

 

 

 

One Comment

  1. salam…SUFA sudah berakhir dengan jayanya…majulah sukan untuk FPBU&USIM


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: