Skip navigation

NILAI 30 Januari – Datuk Dr. Mohd Tap Salleh, Presiden Institut Integriti Malaysia telah merasmikan pelancaran minggu integriti pelajar USIM yag berlangsung pada 29 Januari 2008 yang bertempat di Dewan Kuliah Pusat Tiga.  

 

Menurut Datuk Dr. Mohd Tap Salleh, program ini merupakan usaha permulaan dalam memperkasakan nilai-nilai integriti di kalangan graduan USIM agar berupaya mencerminkan tahap keperibadian selaras dengan ’niche’ USIM sebagai Institusi Pengajian Islam yang unggul. 

 

Tambah beliau lagi, objektif utama program tersebut adalah melahirkan graduan muslim yang berminda dan berpesonaliti kelas pertama, serta melatih dan mendidik mahasiswa menyesuaikan diri mereka hidup dalam komuniti ilmu. 

 

”melalui program ini saya berharap para pelajar terutamanya dapat menghayati dan menerapkan budaya integriti dalam diri masing-masing, segala usaha dan strategi yang dirangka tidak akan berkesan tanpa penghayatan dan pengalaman terutama kepada pelajar,” Dato’ Naib Canselor USIM menyatakan harapan dalam ucapannya.

 

 ” Bagi saya, minggu integriti ini sebenarnya dapat melatih pelajar membina kendiri dan sahsiah  cemerlang kerana adanya undang-undang dan peraturan yang telah di tetapkan sepanjang program,” Mohammad Abu Bakar, 29, Pelajar FSU tahun 3, memberikan pandangannya. 

 

Menurutnya lagi, program seperti ini dapat mencerminkan tahap keperibadian selaras dengan niche USIM sebagai sebuah institusi Pengajian Islam yang unggul untukmelahirkan graduan muslim yang berintelektual dan berpesonaliti kelas pertama . Selain itu juga, bagi memperkukuhkan kesedaran dan tanggungjawab bersama ahli warga USIM. 

 

Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Presiden Institut Integriti Negara dalam ucapannya, perlaksanaan program berkaitan integriti merupakan sebahagian daripada tindakan yang dinyatakan dalam Pelan Integriti Nasional (PIN). Selain itu juga, bagi memperkukuhkan kesedaran dan tanggungjawab bersama ahli warga USIM. 

 

Turut hadir, Naib Canselor USIM, Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, Dekan-dekan fakulti, dan pegawai – pegawai kanan universiti yang lain. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2 Comments

  1. em… tapi kalo setakat nak mencari kesalahan student nak wat pe?pastu wat cume seminggu jek. pastu xdok lagi dah. cam melepaskan batuk di kerongkong jek. tapi kahaknya masih ada lagi… hehe

  2. SATU RENCANA YANG BAIK TAPI PERLU DIKUPAS DENGAN LEBIH MENDALAM LAGI


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: