Skip navigation

Image Hosting by PictureTrail.com

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;        

jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;       

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;    

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;     

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;    

Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;    

Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.  

 

 

 

 

2 Comments

  1. em, susah untuk kita temui sahabat yang benar2 sahabat…walaupun kita dikelilingi teman2 yang dapat menceriakan hari2 yang kita lalui, namun tak semestinya mereka adalah teman yang benar2 sejati dan memahami kerana sahabat ibarat sebutir permata yang sukar untuk ditemui dan dicari serta hilangya tiada galang ganti walau seribu sahabat datang dalam hidup kita…betul tak…???

  2. terasa kecil hina diri bila terbaca ciri-ciri sahabat baik ni…
    anywhere tq sbb sudi share ilmu ni.harap sy bole jd sorg sabahat yg baik n dpt sahabat yg baik. hehe…syukran2:)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: