Skip navigation

Image Hosting by PictureTrail.com

NILAI- Naib Canselor menegaskan sambutan Maulidur Rasul peringkat USIM bertujuan mengingatkan warga USIM terhadap tanggung jawab sosial kepada masyarakat sekeliling. 

Sambutan yang disertai lebih kurang 500 warga USIM bermula dengan perarakan sambil berselawat keatas junjungan Nabi s.a.w. dari perkarangan Canselori sehingga ke Stadium Tertutup Nilai. 

Dalam ucapan perasmian, Naib Canselor menyatakan sambutan ini dilihat satu langkah bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kakitangan pentadbiran dan pembelajaran mahasiswa dalam memartabatkan nama USIM. 

 “Usaha ini dilihat sebagai satu langkah menghayati strategi perjuangan Rasulullah s.a.w.,” ujarnya semasa berucap merasmikan majlis sambutan itu di sini kelmarin. 

Menurut Nor Hamizah Rosdan, 23, antara peserta perarakan tersebut, tema ‘Menjana Ummah Gemilang’ pada tahun ini bertepatan dengan suasana umat Islam kini yang berusaha menambah ilmu pengetahuan yang merangkumi ilmu dunia dan akhirat.  

Manakala menurut Abdullah Firdaus Abd Jalil, 21,  perarakan tersebut bukan sekadar berpenat kosong sahaja, tetapi ia bertujuan untuk menyingkap dan mengetengahkan ajaran Rasulullah sebagai sumber dan jalan penyelesaian dalam cabaran kehidupan moden semasa khasnya di era globalisasi.  

 “Bagi saya program seperti ini sebenarnya dapat meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap warisan nabawi,” tambah rakan beliau, Muhammad Ridhuan Jaafar, 21.

Majlis tersebut disertakan ceramah berkaitan Maulidur Rasul dan dihiburkan dengan selawat Nabi s.a.w. oleh kumpulan Nasyid Instinct.     

4 Comments

  1. Betul ke 500org..hehe, cte bagus salah eja kat sosial tu+ xde pic lagi…all the best

  2. mengingati Rasulullah amatlah digalakkan untuk menunjukkan ketaatan dan kecintaan kita terhadap rasulullah..

  3. Wah.. macam kenal news ni..cebabnye…i’m the gate keeper for this news

  4. Bagus program macam ni diadakan. bukan apa, daripada asyik ingat birthday orang lain, lebih afdal kita ingat birthday rasulullah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: