Skip navigation

Nilai –Majlis Perbandaran Nilai dengan kerjasama Majlis Kecergasan Kebangsaan NIC, KESUMAS, AADK, dan PENGASIH telah mengadakan karnival “ Keluarga Bahagia Tanpa Dadah” pada 15  hingga 17 Februari 2008 di Pentas Awam Nilai 3.

 

Menurut Darmis, 45, urusetia program, antara program yang diadakan ialah Forum Perdana Ehwal Islam bersama kumpulan nasyid UNIC, senamrobik bersama artis, pertandingan karaoke, pertandingan mewarna, dan konsert Belia Benci Dadah untuk menyampaikan maklumat mengenai belia benci dadah kepada masyarakat setempat

 

Menurutnya  lagi, syarikat-syarikat swasta juga  terlibat untuk menjayakan program ini  seperti Naza, Proton, Akma Dan Bio Sinar.

 

 ”Sebagai masyarakat, kita seharusnya berbangga kerana masih terdapat pihak yang mengambil berat terhadap kemajuan golongan belia seperti syarikat-syarikat penaja ini,”tambahnya lagi.

 

Abdul Karim, 51, selaku pengurus Akma berkata, program seperti ini amat bermakna kerana belia adalah generasi yang disandarkan harapan untuk memimpin masyarakat dan membawa kejayaan pada masa hadapan.

 

”Kami telah membelanjakan sejumlah kos yang besar untuk iklan dan promosi, oleh itu kami menyarankan agar masyarakat sekeliling bersikap ambil tahu dan melibatkan diri dengan program yang dianjurkan,” kata beliau.

 

Menurut Adam AF, program ini bertujuan menyedarkan belia mengenai bahaya dadah perlu diadakan terus kepada kumpulan sasaran yang terlibat dalam kancah ini.

 

A.Rahman Onn, artis veteran berpendapat, sifat ingin mencuba di kalangan belia menjadi punca kepada masalah ini.

 

Beliau menambah, artis bukan sekadar penghibur, tetapi juga memainkan peranan penting untuk dijadikan ikon kepada mereka supaya tidak terlibat dengan pengambilan dadah.

 

Karnival tersebut diakhiri dengan konsert bertemakan Belia Benci Dadah oleh artis-artis seperti Nas Adila, Anis Anisa, A.Rahman Onn, Salwa, Ejarn dan Adam AF.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: